Monday, October 19, 2015

Boleh tanam ganja.........?

Boleh tanam ganja
PERTH - Australia dilaporkan akan mengubah Akta Dadah untuk membenarkan penanaman ganja bagi tujuan perubatan dan saintifik, menurut jurucakap kerajaan, semalam.

Menteri Kesihatan, Sussan Ley memaklumkan pindaan terhadap akta itu sedang dimuktamadkan bagi membolehkan pesakit mendapat akses bekalan yang selamat dan sah di sisi undang-undang buat pertama kali.

"Kerajaan amat bersimpati dengan penderitaan pesakit di negara ini dan kami mahu memberi akses kepada rawatan perubatan yang lebih berkesan," jelasnya.

Menurutnya lagi, Canberra juga merancang mewujudkan satu skim pelesenan untuk memastikan penanaman ganja memenuhi obligasi antarabangsa.

Difahamkan, beberapa negeri di Australia telah mengumumkan ujian klinikal mereka untuk perubatan ganja.

Beberapa pihak mendakwa perubahan akta tersebut dilihat akan membuka jalan bagi industri perubatan baharu yang berpotensi untuk dieksport ke luar negara. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-