Monday, October 5, 2015

Daftarkan pemilik akaun media sosial - Exco Pemuda Umno

Daftarkan pemilik akaun media sosial bagi menyekat penyebaran fitnah menerusi laman sosial yang berleluasa kini.

KUALA LUMPUR, 5 Oktober:

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin menyarankan kerajaan supaya mendaftarkan semua pemilik akaun media sosial dan portal media sosial supaya mereka bertanggungjawab terhadap apa dikongsikan dalam Internet.

Beliau berkata langkah itu juga dapat menyekat penyebaran fitnah menerusi laman sosial yang berleluasa kini.

“Kerajaan tidak perlu sekat media sosial tetapi daftarkan setiap akaun media sosial daripada individu dan kumpulan supaya mereka bertanggungjawab terhadap apa yang mereka katakan atau kongsikan.

“Selain itu, kerajaan perlu terus mendidik rakyat dan berkempen menolak fitnah media sosial,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah Kayuhan Hari Malaysia 2015 di sini, hari ini.

Nazir Hussin berkata sempena program itu, Pemuda Umno turut melancarkan kempen #tolakfitnahmediasosial dan #sayasayangmalaysia yang mendapat penyertaan lebih 7,000 orang.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/05/daftarkan-pemilik-akaun-media-sosial-exco-pemuda-umno/#ixzz3nho3Ow5o

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-