Sunday, October 25, 2015

Gesa PM letak jawatan, Isa Samad serah 5 nama

WARTAWAN SINAR HARIAN
25 OKTOBER 2015
Mohd Isa (dua dari kanan) bersama barisan kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Telok Kemang melaungkan sokongan kepada Najib. - Foto Sinar Harian

PORT DICKSON - Umno Bahagian Telok Kemang akan menghantar laporan lengkap kepada Lembaga Disiplin Umno berkenaan tindakan 13 Ketua Umno Cawangan dan ahli Umno Cawangan yang mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan jawatan.

Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad berkata, lima nama yang telah dikenalpasti akan dimasukkan ke dalam laporan berkenaan dan terpulang atas kebijaksanaan Lembaga Disiplin untuk menangani isu ini.

Walau bagaimanapun katanya, Umno Telok Kemang lebih bersetuju agar individu yang namanya dihantar nanti dikenakan tindakan disiplin supaya menjadi pengajaran serta memastikan perkara seperti itu tidak berleluasa.

“Dalam sidang media semalam hanya lima orang Ketua Cawangan yang hadir membabitkan cawangan Kampung Linggi, Kampung Sua Betong, Taman Selasih, Taman Intan Duyung dan Taman Datuk Haji Abdul Samad.

“Dua lagi Ketua Cawangan membabitkan cawangan Kampung Bukit Tembok dan Kampung Sungai Sekarang memberitahu mereka datang ke sidang media berkenaan kerana dimaklumkan oleh penganjur akan diadakan perjumpaan bagi persediaan menghadapi PRU akan datang.

“Dan selebihnya adalah Timbalan Ketua Cawangan yang mana ketua cawangannya masing-masing tidak dimaklumkan atau tidak tahu dengan perkara itu,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 13 Umno cawangan mahu Najib letak jawatan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tak hormati keputusan bersama]

Mohd Isa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Umno Bahagian Telok Kemang, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar Naib Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Abd Rahman Mohd Redza .

Tegasnya, Umno Bahagian Telok Kemang yang mempunyai 54 cawangan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Presiden Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-