Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, October 10, 2015

Hilang keana disembunyi makhluk halus

Mohamad Fadli 
Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia mendakwa mangsa berada di lokasi mereka hilang dan bomoh mendakwa mendengar suara mereka menangis.
PETALING JAYA: Nyawa kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu dapat diselamatkan sekiranya Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menggunakan perkhidmatan bomoh.

Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon kesal kerana kepakaran itu tidak digunakan sepenuhnya.

Dia mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh rakan-rakannya, terdapat bomoh yang menjejaki kanak-kanak malang itu dan mendengar mangsa menangis di tepi Sungai Hutan Balah, Gua Musang.

Bagaimanapun ketika operasi dilakukan, ia dikatakan tidak melibatkan mereka sehingga mengambil masa yang lama sebelum mangsa ditemui.

Mengulas mengenai insiden itu, Yusri mengaitkannya dengan kewujudan makhluk halus di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya banyak faktor yang disyaki sebelum anak orang asli itu dijumpai dan antaranya membabitkan guru-guru, pembalak, pemerdagangan orang, binatang buas dan menyorok di rumah sedara mereka.

“Namun selepas dua orang dijumpai, tiga maut, telah mengubah pandangan saya,” katanya kepada FMT.

Yusri turut mendakwa tujuh anak Orang Asli yang hilang itu sebenarnya berada di kawasan sama sejak mereka hilang 23 Ogos lalu.