Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, October 18, 2015

Himpunan baju merah 'Selamatkan Selangor' gagal

Radzi Razak
Kurang daripada 200 peserta hadir dalam perhimpunan 'Selamatkan Selangor' yang dirancang Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos hari ini, berada di ibu pejabat Umno Ampang.

Bagaimanapun Jamal, yang enggan mengakui bahawa ia menemui kegagalan, berkata beliau mendapat mesej kepada sekurang-kurangnya 15 orang di sana.

Hadirin, kebanyakannya remaja, juga enggan mengambil risiko menghabiskan malam dalam lokap, memberikan maklum balas suam apabila Jamal cuba untuk meransang mereka berarak ke pusat membeli-belah Spectrum di Ampang, lokasi asal permulaan perhimpunan.

Bagaimanapun ini telah dibatalkan kerana pihak berkuasa melarang perhimpunan itu diadakan di tempat itu.

Bercakap kepada pemberita, Jamal secara sarkastik menjawab hanya 15 peserta hadir dalam perhimpunan tersebut.

"Hari ini hanya 15 orang yang datang, saya tahu kamu akan kata hanya 10 yang datang. Dan ia akan jadi 5,000 jika ia akan diadakan di Spectrum.

Menurutnya lagi, sebelum itu polis telah mengeluarkan permit bagaimanapun polis berkuasa itu tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan dua hari lalu.

Perhimpunan itu berlangsung pada 3.30 petang dan berakhir sejam kemudian selepas enam pemimpin Umno dan NGO termasuk Ketua Umno Ampang Datuk Ismail Kijo dan Exco Pemuda Umno Armand Abu Hanifah berucap.

[Baca berita asal]