Monday, October 19, 2015

Himpunan di Ampang hanya pemulaan, kata Jamal

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan ini akan diteruskan sehingga segala masalah yang berlaku di negeri Selangor selesai. - Foto TRP/Syahirah Roslan

AMPANG, 18 Oktober:

Himpunan Selamatkan Selangor yang berlangsung di Bangunan Umno Ampang Jaya hanya permulaan.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan ini akan diteruskan sehingga segala masalah yang berlaku di negeri Selangor selesai.

“Hari ini satu permulaan. Kita akan pastikan gelombang ini tidak berakhir di Ampang.

“Kita nak bawa ke Pandan, Subang, lepas tu Gombak. Kita akan mengadap dan bertentang mata (Menteri Besar Selangor) Azmin Ali,” katanya ketika berucap dalam himpunan tersebut di sini hari ini.

Jamal turut mengumumkan selepas ini Himpunan Selamatkan Selangor akan diadakan hujung bulan ini di Subang.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ampang Jaya, Datuk Ismail Kijo ketika berucap mempertikaikan janji-janji yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum pilihan raya umum.

“Janji pilihanraya yang dibuat pada 2008, mereka akan buat rumah murah seberapa banyak yang boleh tetapi di kawasan Ampang, tidak ada satu pun rumah murah dibina.

“Lebih malang, kerajaan Selangor luluskan rumah-rumah mampu tengok seperti Datum Jelatik. Di Taman Kosas harga rumah dibina lebih RM350 ribu,” katanya.

Malah kata Ismail, rumah-rumah yang dibina sewaktu pemerintahan BN tidak diselenggara dengan baik.

“Beribu rumah murah yang sedia ada dibina pada zaman BN dibiarkan dalam keadaan tidak terurus.

“Banyak kerosakkan-kerosakkan lif berlaku yang sepatutnya diuruskan oleh kerajaan negeri.

“Lif yang rosak itu dibiarkan. Kalau berlaku masalah air, mereka terpaksa angkat air dari bawa ke tingkat 21,” katanya.

Tambah Ismail, sekiranya BN diberikan kuasa semula, beliau yakin dapat mengatasi segala masalah ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/18/himpunan-di-ampang-hanya-permulaan-kata-jamal/#ixzz3ow1cUHDe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-