Wednesday, October 7, 2015

Ibrahim Ali tuntut RM10 juta daripada ahli Parlimen DAP

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen DAP Datuk Mohr Ariff Sabri Abdul Aziz kerana memfitnahnya.Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Oktober, 2015.

Datuk Ibrahim Ali menghantar surat tuntutan kepada Ahli Parlimen DAP Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga seorang blogger terkenal, menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah beliau bulan lalu.

Presiden Perkasa itu berkata, Ariff memfitnah beliau menerusi posting di blognya Sakmongkol 47, bertajuk "Keadaan Negara Kita Hari Ini – Siri 2", di mana beliau mendakwa Ibrahim merupakan salah seorang pengarah syarikat George Kent (M) Bhd yang membina projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3).

"Pernyataan fitnah ini satu dakwaan palsu dan tidak berasas dan merupakan satu fitnah bertulis yang amat serius kepada reputasi anak guam kami sebagai orang biasa, presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa dan bekas ahli Parlimen," menurut surat tuntutan itu.

Ibrahim mengadakan satu sidang akhbar hari ini di mana beliau menunjukkan kepada media surat yang dikeluarkan firma guaman Abu Talib Shahrom.

Katanya, beliau tidak pernah mengetahui syarikat George Kent dan tidak pernah dilantik sebagai pengarahnya.

"Saya pada mulanya tidak menganggapnya serius tetapi selepas isu itu tersebar di media sosial, saya rasa wujud keperluan untuk mengambil tindakan, kerana ia menjejaskan reputasi saya dan merujuk saya sebagai seorang ejen Cina," kata Ibrahim.

Beliau berkata, artikel itu diterbitkan dengan niat jahat.

Selain RM10 juta, Ibrahim juga menuntut wakil rakyat Raub itu menarik keluar artikel itu daripada blog beliau.

"Beliau ada 7 hari untuk menjawab surat tuntutan ini, jika tidak saya akan teruskan dengan tindakan yang perlu diambil," katanya.

Arif pernah menjadi ahli Umno sehingga 2012 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari 2004 hingga 2008.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ibrahim-ali-tuntut-rm10-juta-daripada-ahli-parlimen-dap#sthash.l9zSC0Wf.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-