Sunday, October 25, 2015

Isa Samad kesal tindakan 13 ketua cawangan Teluk Kemang terhadap Najib

Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kesal dengan tindakan 13 ketua cawangan dalam bahagian itu yang mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan semalam. Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Oktober, 2015.

Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kesal dengan tindakan 13 ketua cawangan dalam bahagian itu yang mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan semalam, menurut Sinar Harian hari ini.

Isa dilaporkan berkata, pemimpin peringkat cawangan itu sebenarnya berpeluang berbuat demikian pada persidangan perwakilan Umno bahagian baru-baru ini.

"Sepatutnya, jika tidak menyatakan sokongan kepada presiden parti, cakaplah 'tidak' semasa persidangan tempoh hari ketika membentangkan usul sokongan terhadap kepimpinan parti.

"Tindakan mereka hari ini (semalam) seperti tidak menghormati keputusan yang dipersetujui bersama," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Isa berkata, tiada seorang daripada yang membuat desakan itu semalam bersuara semasa mesyuarat bahagian tempoh hari.

"Walaupun itu hak suara mereka, tetapi cara ini tidak betul. Orang macam ini tidak boleh menjadi pemimpin kerana tiada prinsip," katanya.

Terdapat 54 cawangan dalam Umno Bahagian Teluk Kemang. – 25 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isa-samad-kesal-tindakan-13-ketua-cawangan-teluk-kemang-terhadap-najib#sthash.YF7z4QQ1.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-