Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, October 24, 2015

Istana Negara buat laporan polis

FMT Reporters | October 24, 2015

Pihak yang menyebarkan maklumat serta gambar palsu itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
PETALING JAYA: Polis menerima satu laporan daripada Istana Negara berhubung penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara, pada 1.10 pagi Sabtu.

“Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia” katanya.

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, pihak polis turut menyiasat penyebaran dua gambar yang memaparkan hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta ambulans.