Thursday, October 15, 2015

Jalan keluar bagi Pas & Umno membina semula KEKUATAN BARU

Oleh Zainuddin Maidin
Walaupun bentuk kerjasama antara PAS dan PERKASA belum dimuktamadkan tetapi tidak dapat dinapikan telah menimbulkan kejutan di kalangan penyeleweng-penyeleweng PAS, PKR dan juga pemimpin-pemimpin UMNO sendiri disamping pada umumnya membangunkan suatu harapan baru di kalangan orang Melayu dan Islam.

Presiden PERKASA sendiri Ibrahim Ali tidak menyebutkannya sebagai langkah pakatan politik tetapi dalam facebooknya mengutarakannya sebagai kunjungan hormat pimpinan PERKASA keatas Tuan Guru Haji Hadi dan Pimpinan Tertinggi Pas sempena tahun baru Islam(Maal Hijrah).

Ini sebenarnya suatu penghijrahan yang sangat besar dalam politik Melayu dan Islam yang berada dalam keadaan berkecamuk.Tidak ada pengumuman tentang kerajasma politik tetapi pengumuman kerjasama dalam tiga pekara yang sedang menggelorakan negara secara langsung menepati perasaan dan suara terbanyak rakyat yang melampaui bangsa dan agama.

Tiga pekara itu ialah:

@ Menyambut baik Titah Raja -Raja Melayu mengenai 1MDB

@Menggesa supaya Khairuddin Abu Hassan (pemimpin UMNO) dan peguamnya Mathias Chang dibebaskan.

@ Meminta ketulusan Putrajaya dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA)

Presiden PERKASA Ibrahim Ali sendiri tidak menunjolkan langkah ini sebagai kerjasama politik PERKASA PAS sebaliknya menunjukan sikapnya sebagai penyokong UMNO tegar yang mendarah daging di jiwanya berbanding dengan Anwar Ibahim yang sebaik sahaja terkeluar dari UMNO tertelanjang sebagai bukan warisan UMNO samasekali.

Maka itu Ibrahim tidak boleh dianggap tidak mewakili perasaan sebahagian besar ahli UMNO yang sedang terpendam dan tertekan.Demikian juga Haji Hadi yang mengenali kelicikan politik Ibrahim Ali tidak menyebutkan bahawa PAS telah bersetuju untuk merintis bersama PERKASA sebuah NGO kearah pakatan politik.

Bagaimanapun perasaan pakatan ini telah terasa oleh penyokong penyokong UMNO, PAS dan orang Melayu yang selama ini mimpikan kerjasama politik UMNO PAS dan ia menepati masa ketika orang Melayu berada dalam kekosongan , kekecewaan menghadapi masa depan yang tidak pasti.

Tidak juga boleh dinapikan PAS dan UMNO walaupun sedang menghadapi cabaran besar tetapi masih berakar umbi di kalangan rakyat di luar bandar yang mahu kekuatan dipulihkan setelah terancam oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lebih mementingkan kuasa dan metrialisme.Apa yang dilakukan oleh Hadi dan Ibrahim adalah merawati perasaan orang Melayu yang sedang berpecahbelah dan membolehkan mereka melihat cahaya di hujung terowong.
Penyokong-penyokong UMNO yang kehilangan kepercayaan kepada pimpinan Najib Tun Abdul Razak (Tidak termasuk MB dan ketua-ketua bahagian) adalah sedang mencari tempat di manakah mereka akan beralih haluan dalam pilihanraya akan datang untuk meletakan nasib dan mempastikan keselamatan masa depan negara.

Pemimpin-pemimpin PAS pula sedang mencari kekuatan baru untuk membangunkan semula kerobekan yang dilakukan oleh pengkhianat-pengkhianat yang lebih mementingkan kuasa dan kedudukan kewangan.

Kita tidak tahu apakah langkah Hadi dan Ibrahim seterusnya tetapi saya percaya ahli ahli UMNO dan orang Melayu nampak ini sebagai jalan keluar dari UMNO sekirannya UMNO gagal dibersihkan dan tentunya menggugat perasaan Parti Amanah Negara.Kita tidak tahu sampai bilakah pemimpin pemimpin UMNO terutama MB-MB akan terus bersubat untuk melakukan pengkhianatan di bawah kepimpinan yang diragukan dari Istana hingga keakar umbi.

Kajian jujur dan ikhlas di lapangan akan mendedahkan bahawa UMNO sekarang hanya tinggal nama sahaja tanpa kekuatan dan semangat yang sebenar. Ini semakin terdedah sehingga dalam himpunan Maal Hijrah yang sepatutnya melampaui politik disebutkan peranan UMNO untuk mengingatkan rakyat tentang kewujudannya.

Walaupun mungkin Hadi meragukan kemurnian Ibrahim Ali sebagai orang UMNO yang telah tercalar imej dengan rasuah,penyelewengan kuasa dan kronisme tetapi PERKASA masih belum terbukti sebagai sebuah parti yang telah dinajiskan sebaliknya Ibrahim Ali telah membuktikan dalam kekecewaan rakyat beliau berupaya bangun dengan gigih meminta pertulongan di sana sini untuk memulihkan kekuatan bangsanya.

Keupayaan kepimpinan Ibrahim Ali untuk terus berupaya tengelam dan timbul dalam keadaan yang serba mencabar tidak boleh diperkecilkan dan boleh meyakinkan sekiranya beliau berkerjasama dengan PAS atas titian yang ikhlas jujur.

Dibelakang Ibrahim Ali tersembunyi tenaga-tenaga besar nasionalis, pejuang-pejuang negara yang terbilang yang tidak menunjolkan diri mereka,pegawai- pegawai tinggi tentera,polis, hakim-hakim dan pegawai- pegawai kerajaan dan pemimpin besar Melayu yang sedang dalam kemurungan melihat kemusnahan politik UMNO di bawah pimpinan politik sekarang.

Mereka adalah orang-orang yang menjiwai semangat dan inspirasi Allahyarham Tun Abdul Razak,Itulah kaliber Ibrahim Ali yang sekiranya dikongsikan bersama dengan Hadi atau lain-lain pemimpin PAS akan membolehkan suatu langkah besar dan berani yang melampaui batas agama dan kaum.

Bila PAS bergabung dengan DAP dengan sekelip mata sahaja boleh menghapuskan imej extremisme agama dan cauvanisme Cina kedua parti itu dengan silap mata politik maka tidaklah seharusnya dilihat kecurangan dalam kerjasama PAS dan PERKASA.Politik perlu pragmatik untuk menjadi realistik dan praktik dengan keadaan semasa.-BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=345392:jalan-keluar-bagi-pas--umno-membina-semula-kekuatan-baru&Itemid=2#ixzz3odmwt5zz
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-