Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, October 4, 2015

Jangan marah jika China derma untuk lawan Umno, sindir Sanusi

OLEH MD IZWAN
Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid (kanan) berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik. Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 3 Oktober, 2015.

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid mengatakan Putrajaya tidak boleh marah kepada kerajaan China jika mereka menderma kepada parti Cina untuk melawan Umno.

Sanusi berkata pemimpin Umno sendiri mengajar budaya derma politik, tetapi tidak menyebut secara spesifik nama pemimpin tersebut walaupun diketahui umum Datuk Seri Najib Razak menerima derma politik RM2.6 bilion yang dikatakan diberi seseorang dari Timur Tengah.

"Jangan nanti mereka pula masukkan derma dalam akaun pemimpin parti Cina untuk menentang Melayu Umno sedangkan kita yang ajar derma ini," kata Sanusi semasa menghadiri sesi dialog Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa anjuran Cawangan Umno Pusat Bandar Taman Cempaka di Hotel De Palma, Ampang hari ini.

Sanusi hadir bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut berucap dalam majlis anjuran Umno itu.

Najib sebelum ini mengakui menerima sejumlah wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya dan mempertahankan wang tersebut digunakan untuk kegunaan parti.

Najib dikritik hebat susulan pendedahan tersebut yang menyaksikan beberapa pimpinan atasan Umno mempersoalkan mengenai kewujudan wang tersebut.

Sanusi berkata Duta China ke Malaysia tersinggung dengan pemimpin baju merah, Datuk Jamal Yunus yang mengeluarkan kenyataan menyuruh orang Cina di Malaysia balik ke tanah besar, China.

Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang, mengambil langkah kontroversi apabila melawat Jalan Petaling ketika di tengah-tengah kemelut kumpulan baju merah mahu mencetuskan kekecohan di kawasan peniaga Cina itu.

Ketika lawatan itu, beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/janngan-marah-jika-china-derma-untuk-lawan-umno-sindir-sanusi#sthash.2Pml4jFl.dpuf