Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Tuesday, October 13, 2015

Mahkamah tolak permohonan KDN hentikan penerbitan Edge

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Permohonan Kementerian Dalam Negeri menghalang The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily daripada diterbitkan semula sehingga kes rayuannya selesai ditolak Mahkamah Tinggi, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2015.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menghalang The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily daripada diterbitkan semula, sehingga kes rayuannya selesai.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching berkata Hakim Datuk Asmabi Mohamad juga berkata tidak ada keadaan khas untuk membenarkan penangguhan.

“Hakim berkata penerbit tidak boleh dilucutkan daripada hasil kejayaan litigasi mereka,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah, hari ini.

Loke berkata hakim juga berpendapat tidak ada keburukan yang akan berlaku jika penerbitan kedua-dua akhbar itu disambung semula.

Asmabi menyampaikan keputusannya itu di dalam kamar, kata Loke. – 13 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-tolak-permohonan-kdn-hentikan-penerbitan-edge#sthash.KREWO4me.dpuf