Sunday, October 4, 2015

Para pemimpin MCA dan DAP 'bersatu' untuk mengecam timbalan menteri

oleh Zulhilmi Zainal
SEKILAS PANDANG: Bukanlah sesuatu yang mengejutkan kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya mereka berketurunan Cina, telah tersinggung terhadap kenyataan ‘melempang orang Cina’ oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman yang dibuat pada Khamis.

Beliau kemudiannya dilaporkan telah memberitahu media bahawa beliau tidak pernah berkata begitu, walaupun telah dirakam berkata begitu dalam video.

Sekarang ini Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok dan setiausaha agung MCA Ong Ka Chuan kelihatan berada dalam nada yang sama terhadap perkara ini dengan mereka mengecam timbalan menteri itu dalam kenyataan berasingan.

Kenyataan Kok, yang dikeluarkan pada 2 Oktober, menyeru PM Najib Razak “supaya menggantung atau memecat” Tajuddin Abdul Rahman atas apa yang telah dilakukannya.

Beliau menyifatkan tindakan Tajudin sebagai kejutan berturut-turut, kerana kenyataan awalnya, dan penafian dan “tindakan mengeluarkan kata-kata begitu tidak sesuai buat ahli politik veteran seperti beliau!”
M Kulasegaran
Beliau kemudian mengingatkan yang Tajuddin pernah berkata sesuatu yang mirip pada 2008, apabila beliau memanggil Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran sebagai “gampang” dan “anak haram” dalam Parlimen.

Kok mengakhiri kenyataan beliau dengan mengkritik parti-parti komponen majoriti-Cina BN MCA dan Gerakan, yang menurut beliau telah menuduh DAP merampas “perhimpunan Bersih 4 dan mengakibatkan orang Melayu bertindak balas dengan menganjurkan perhimpunan baju merah”.

Beliau turut mendorong dua parti itu; “Mari lihat adakah kedua-dua Gerakan dan MCA akan sekali lagi menunjukkan kebodohan mereka dengan berkata bahawa DAP adalah punca kenyataan menyinggung Tajuddin Abdul Rahman ke atas orang Cina.”

Di bahagian MCA, seperti yang dijelaskan dalam kenyataan media Ong yang turut dikeluarkan pada Jumaat lalu, mereka kelihatan akan mengambil jalan biasa dalam menyalurkan keluhan mereka secara dalaman.

Ong menyatakan bahawa “MCA akan melaporkan protes rasmi melalui saluran Barisan Nasional dan meminta gabungan itu akan menghentikan dan mengambil tindakan ke atas orang seperti itu yang menghancurkan perpaduan nasional”, menambah bahawa mereka mahu Tajuddin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana “kenyataan memudaratkan” beliau.

Beliau kemudian mengimbas sejarah ringkas kewujudan orang Cina dalam negara ini, dengan merumuskan bahawa “orang Cina Malaysia hanya setia kepada satu negara: Malaysia.”

Beliau mengkritik timbalan menteri itu kerana tidak memberi tauladan dengan menggalakkan perpaduan.

Tidak dapat dinafikan, apa yang telah dilakukan oleh Tajuddin adalah satu pencapaian dalam cara tersendiri, iaitu membuatkan DAP dan MCA bersetuju dalam sesuatu perkara, tetapi berkemungkinan sesuatu yang ketara tidak akan terhasil daripadanya.

Pertamanya, beliau telah dikekalkan oleh Najib dalam rombakan Kabinet baru-baru ini kerana satu sebab utama; kesetiaan beliau kepada perdana menteri dan keengganan untuk mempersoalkan kepimpinan Najib. Jika beliau boleh lakukan ini, beliau secara praktikalnya boleh lakukan apa sahaja yang dimahukan dalam negara ini.

Kedua, Umno semakin mengabaikan pengundi bukan-Melayu, bukan-Muslim sejak beberapa tahun, apatah lagi tahun ini, dengan memenuhi kehendak pengundi berhaluan kanan yang mendukung ketuanan Melayu, jadi apa yang Tajuddin telah lakukan adalah salah satu daripada strategi mereka.

Berkemungkinan tinggi Umno tidak akan menghukum ahlinya yang membuat sesuatu yang memberi manfaat kepada parti dan pada ketika ia secara praktikal mempunyai kawalan penuh terhadap gabungan BN.

Lihat sahajalah mahsyurnya kenyataan Ismail Sabri terhadap boikot-peniaga-Cina sekarang.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Para-pemimpin-MCA-dan-DAP-bersatu-untuk-mengecam-timbalan-menteri#sthash.qBl4djAg.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-