Monday, October 12, 2015

Peguam Najib terima jawapan saman fitnah daripada Dr Ling

Dr Ling enggan meminta maaf kepada Najib berhubung kenyataannya yang dianggap memfitnah Perdana Menteri itu. Foto fail TRP/ Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober:

Peguam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahawa mereka sudah menerima balas daripada bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik berhubung saman fitnah yang dimulakannya.

Peguam Najib, Nor Emelia Mohd Iszeham, berkata Najib akan memutuskan samada dia ingin meneruskan tindakan undang-undang terhadap Dr Ling susulan penolakan kedua untuk meminta maaf terhadap satu kenyataan fitnah yang mendakwa Najib mengamalkan rasuah.

“Mereka mempertikaikan kandungan Surat Tuntutan (LoD) yang dihantar 5 Oktober.

“Mereka (peguam cara) mempertahankan kenyataan Dr Ling dan dia tidak akan meminta maaf,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Emelia berkata, mereka akan mendapatkan arahan lanjut mengenai tindakan seterusnya daripada anak guam mereka.

Perkara itu tercetus selepas bekas Presiden MCA itu membuat kenyataan fitnah pada 3 Oktober lalu yang telah diterbitkan dalam portal berita Bahasa Inggeris bertajuk “MCA Liong Sik menyertai panggilan untuk menjatuhkan Najib kerana didakwa memasukkan wang rakyat dalam poket sendiri”.

Susulan itu, pada 5 Oktober lalu, dalam empat muka surat LoD yang dikeluarkan Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Perdana Menteri menuntut permohonan maaf daripada Dr Ling dan meminta bekas Presiden MCA itu untuk menarik balik kenyataannya dalam masa tujuh hari.

Bagaimanapun, Dr Ling enggan mengalah, malah dalam satu kenyataannya berkata bahawa dia akan mempertahankan dirinya sendiri jika Perdana Menteri menyamannya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/12/peguam-najib-terima-jawapan-saman-fitnah-daripada-dr-ling/#ixzz3oLw3Qci5

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-