Wednesday, October 14, 2015

Peguam Negara perlu siasat Tun M - GMPN

NASIONAL
OLEH RADZUAN HASSAN DI AMPANG

Razau (duduk, tengah) bersama-sama ahli GMPN selepas sidang media mendesak pihak berkuasa menyiasat Dr. Mahathirfoto RADZUAN HASSAN

Siasat dakwaan Tun Mahathir Mohamad menyalahgunakan kuasanya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semasa menjadi Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi dan keluarganya.

Presiden Pertubuhan Gerakan Mertabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, siasatan juga perlu dibuat ekoran pendedahan kekayaan luar biasa anak Mahathir iaitu Datuk Mokhzani dan Mirzan.

"Siasatan perlu dibuat oleh Peguam Negara tentang bagaimana kesemua anak Mahathir boleh menjadi multi bilionair dalam masa yang singkat sehingga menimbulkan tanda tanya.

"Benarkah Mahathir menggunakan GLC ketika memerintah 22 tahun untuk kepentingan peribadi anak-anaknya ketika menjadi Perdana Menteri?" soalnya pada sidang media di sini petang tadi.

Menurut Razali, bukti dakwaan kekayaan anak-anak Mahathir itu menjadi viral di media sosial di seluruh dunia.

Mokhzani, katanya didakwa mempunyai aset kereta bernilai RM36 juta dan Mirzan pula mempunyai hampir 100 buah syarikat sebagai pemegang saham.

"Segala keraguan ini menjadi tandatanya dan pelbagai fitnah termasuklah Mahathir dan anak-anaknya kini mempunyai perasaan dengki kepada kerajaan sekarang," ujarnya sambil mahu Mahathir memberi penjelasan mengenai dakwaan berkenaan.

Dalam pada itu, GMPN juga membidas sikap Mahathir yang terus mengkritik kerajaan seperti semalam, kata Razali.

"Lebih malang ada pemimpin UMNO sendiri yang bersengkongkol seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Sebagai barisan Majlis Tertinggi UMNO, Muhyiddin dan Mohd. Shafie tidak wajar bersama Mahathir. Kedua-dua ini wajar memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan disebaliknya," tegasnya lagi.--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-