Friday, October 2, 2015

Pembesar Suara Di Masjid & Surau : Pulau Pinang Tiru Singapura ?


Di media perdana dan laman sosial sudah disiarkan mengenai arahan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September berkaitan Penggunaan Pembesar Suara di Masjid dan Surau bagi kegunaan selain daripada azan dan ia menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Berdasarkan laporan Bernama dua hari lalu, keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap Pulau Pinang tidak lama lagi akan menjadi Singapura.

Dengan penguasaan parti DAP yang bermiripkan prinsip serta pendekatan parti pemerintah Singapura, People’s Action Party (PAP) di republik itu, tidak mustahil Pulau Pinang melangkah ke arah pembentukan satu entiti pentadbiran yang serupa.

Tahukah anda, di Singapura, satu-satunya masjid yang dibenarkan melaungkan azan ialah Masjid Sultan yang terletak di Kampung Glam, Singapura biarpun terdapat sekurang-kurangnya 69 masjid di republik itu.

Menurut aktivis anti diskriminasi Islam kelahiran Singapura, Zulfikar Shariff(https://www.facebook.com/Zulfikar71) berkata, sebelum 1950, terdapat lebih 200 masjid dan surau di Singapura manakala pada 1988, hanya tinggal 99 masjid di republik itu.

“Malah sebuah masjid di Angullia Park di Singapura turut ‘dikorbankan’ atas nama pembangunan dan kini dikenali sebagai Wheelock Place,” katanya.

Bukan itu sahaja, azan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan dalam masjid itu sendiri dan pembesar suara yang ada di masjid tertua itu dan hanya boleh digunakan untuk azan sahaja.

Apakah persamaan ini secara kebetulan?

Adakah ia secara kebetulan, bantuan kepada sekolah agama di Pulau Pinang ditarik balik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Di Singapura, bagi bekas Perdana Menteri republik itu, Mendiang Lee Kuan Yew, orang Melayu yang minum bir bersamanya dianggap satu integrasi. Dan Kuan Yew turut mendakwa, untuk melaksanakan ‘integrasi’ itu, orang Melayu perlu berhenti makan dan minum di premis halal.

Manakala anak didik Kuan Yew, Goh Chok Tong yang juga bekas Perdana Menteri republik itu pula mempersoalkan, orang Melayu yang mencari makanan dan minuman halal menjejaskan integrasi itu.

Malah, kewujudan Madrasah juga menjejaskan integrasi namun memperjuangkan Sekolah Bantuan Istimewa (Special Assistance Plan) yang mempromosikan kebudayaan Cina.


Usaha asimilasi yang hebat dan cenderung kepada penindasan orang Melayu di Singapura turut MENGHARAMKAN pemakaian hijab di kalangan kakitangan di sektor awam dan pelajar sekolah awam.

Melalui buku Barr, M. D., & Low, J. (2005). Assimilation as multiracialism: The case of Singapore’s Malays. Asian Ethnicity, ia mendedahkan konsep ‘assimilate’ Singapura adalah mengenepikan identity dan perbezaan sesuatu kaum dan bagi menyerapkan umat Islam ke dalam komuniti bukan Islam, orang Melayu perlu menolak dan mengenepikan Islam dan menyerap nilai serta budaya masyarakat bukan Islam.

“Sistem meritokrasi dan pelbagai kaum yang diamalkan di Singapura bukan lagi perhatian utama toleransi antara kaum tetapi program agresif asimilasi kaum minoriti ke dalam masyarakat yang dikuasai kaum Cina.

“Pada 1992, Lee Kuan Yew bertambah terbuka memperjuangkan bahawa budaya Cina adalah lebih baik bagi pembangunan Singapura, malah mendakwa mempunyai pengaruh positif terhadap kaum lain.

“Maka, di manakah letaknya kaum minoriti lain? Untuk maju dalam komuniti ini, mereka (kaum minoriti) perlu menyerap ideologi Cina dan menjadi ‘seperti Cina’. Kesimpulannya, mereka (kaum minoriti) perlu menyerap kepada asimilasi dengan kaum Cina.” kata penulis buku itu.

Penulis turut mengutarakan, tanggungjawab penyerapan ke dalam kaum Cina, menjadi tanggungjawab orang Melayu di Singapura atau berdepan risiko diskriminasi dan diketepikan.
Chok Tong juga pada Perhimpunan Hari Kebangsaan Singapura pada 2002, menggesa orang Islam untuk mengenepikan perintah Allah SWT atas alasan agar orang Melayu dapat ‘diintegrasikan’ dengan kaum lain.

Chok Tong juga mengkritik hebat umat Islam yang berhijab dan makan di restoran halal selain membidas hukum Syariah dan hudud. Di Singapura, pelajar sekolah awam tidak dibenarkan berhijab begitu juga dalam sektor awam republik itu.

Tidakkah tindakan mereka di seberang tambak itu tidak ubah seperti pemimpin DAP di negara kita? Apakah persamaan mereka?

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Wira Perkasa Negeri Pulau Pinang turut mengeluarkan kenyataan media membidas keputusan mengenai penggunaan pembesar suara di masjid dan surau itu.

Ketuanya, Ahmad Yakqub Nazri berkata pihaknya kesal dengan tindakan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang serta Majlis Perbandaran Seberang Perai atas tindakan yang diambil itu.

“Kami melihat tindakan yang diambil oleh MPSP ternyata bersifat “double standard”, provokatif dan senganja mahu membangkitkan kemarahan penduduk Islam di kawasan khususnya tersebut dan umat Islam amnya.

“Tindakan MPSP jelas membuktikan bahawa kerajaan DAP begitu memusuhi Islam dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menyekat kebebasan beragama dan hidup bertolenransi sesama kita dengan menggunakan MPSP sebagai alat untuk menghalang dan mengganggu aktiviti di surau berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Ahmad Yakqub, penggunaan pembesar suara bukanlah suatu gangguan atau mendatangkan masalah besar kepada penduduk sekitar, tetapi mendakwa perkara ini sengaja dibangkitkan oleh beberapa penduduk Cina di kalangan bukan Islam yang memusuhi Islam dan bangsa Melayu.

“Wira Perkasa Negeri Pulau Pinang hairan mengapa isu ini diperbesarkan sehingga MPSP sendiri begitu pantas mengambil tindakan. Sedangan apabila terdapat aduan berkaitan isu membabitkan agama bukan Islam dan kaum bukan Melayu tiada sebarang diambil walaupun kesan ganguan, kemudaratan dan kekotoran yang dibuat jauh lebih besar. Contohnya:

1) Bunyi yang jauh bising daripada pesembahan konsert perayaan hantu kaum Cina yang mengganggu ketenteraman awam hingga ke awal pagi.

2) Pembakaran terbuka kertas sembahyang dan colok atau gaharu yang mencemarkan alam sekitar dan mengotorkan jalan raya sehingga beratus meter jarak keluasannya.

3) Pembuangan kertas di atas jalanraya dari kediaman si mati hingga ke tanah perkuburan.

4) Begitu juga dengan pembinaan struktur haram pd tokong dan kuil yang dibina tanpa kebenaran pihak majlis tidak diendahkan oleh pihak berkaitan,” katanya.

Ahmad Yakqub turut terkejut dan kesal dengan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang turut bersama menyokong tindakan berniat jahat, provokatif melampau terhadap Islam ini apabila merujuk kes ini dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.2/2011 bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan penggunaan pembesar suara luar selain untuk azan dan iqamah.

Sewajarnya JMNPP mengambil sikap berkecuali atau tidak melayan segala aduan atau desakan berniat hajat ini. Sebagai sebuah jabatan yang dihormati JMNPP sewajarnya tidak diheret sama atau terperangkap dengan mainan politik musuh Islam yang cuba menghalang umat Islam melaksanakan aktiviti keagamaan tanpa gangguan di surau tersebut.

Sebagai sebuah organisasi yang dihormati dan disegani, JMNPP harus mempunyai prisip dan pendirian tersendiri dan bebas daripada cengkaman kafir DAP. Fungsi Mufti ini jelas terkandung di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 di bawah Seksyen 45: Fungsi Mufti

“Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang Di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua hukum syarak dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri Pulau Pinang selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.

“Jelas sekali Mufti atau JMNPP tidak sewajarnya tunduk kepada desakan politik DAP atau mana-mana pihak dan Mufti atau JMNPP tidak seharusnya tunduk kepada tangan-tangan ghaib di kalangan ahli politik khususnya di kalangan pemimpin Islam liberal yang bertuankan pemimpin kafir DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang,” jelas Ahmad Yakqub.

Sehubungan itu, menurut Ahmad Yakqub berkata Wira Perkasa Negeri Pulau Pinang mendesak sekeras-kerasnya supaya :

1) Adun Bukit Tengah, YB Ong Chin Wen tidak bertindak sesuka-hati melayan aduan bangang (bodoh), biadap dan provokatif melampau yang dibuat dikalangan pendduduk di kawasan tersebut.

2) Adun Bukit Tengah, YB Ong Chin Wen menghormati hak umat Islam di kawasan DUN Bukit Tengah dan seluruh negeri Pulau Pinang dan menghormati aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan di kawasan tersebut.

3) MPSP tidak terus-menerus bagai lembu dicucuk hidung atau menjadi alat kerajaan kafir DAP untuk memerangai ummat Islam di negeri Pulau Pinang.

4) Apa-apa tindakan berkaitan surau atau majsid diletakkan sepenuhnya di bawah JMNPP dan MPSP tiada hak untuk mencampuri urusan pentadbiran masjid atau surau.

5) Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang menarik semula keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.2/2011 bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan penggunaan pembesar suara luar selain untuk azan dan iqamah dikaji semula. Ini kerana larangan ini jelas tidak selaras dengan undang-undang di negeri-negeri lain yang. Ini kerana keputusan larangan ini jelas bersifat arahan politik dan berniat mahu mengganggu manghalang kebebasan beragama dan mampu menjejaskan keharmonian hidup beragama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-