Thursday, October 22, 2015

Polis sedang siasat Dr Mahathir, kata Zahid Hamidi

OLEH MD IZWAN
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang disiasat polis susulan 2 kertas siasatan dibuka terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini sedang disiasat pihak polis ekoran tekanan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di Dewan Rakyat hari ini, Zahid yang juga timbalan perdana menteri dalam jawapan bertulis berkata, polis sudah membuka 2 kertas siasatan ke atas bekas perdana menteri yang lantang mengkritik pentadbiran Najib pada ketika ini.

"Pihak polis sudah membuka 2 kertas siasatan terhadap aduan yang dibuat ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pagi ini.

Dr Mahathir kini sedang disiasat mengikut Seksyen 300 (Kanun Keseksaan) dan Seksyen 500 (Kanun Keseksaan), kata jawapan bertulis itu.

Siasatan tersebut dibuat susulan 2 laporan polis yang diterima, iaitu di Klang dan Jinjang.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas mengenai pertuduhan dan kesalahan yang dilakukan Dr Mahathir sehingga kertas siasatan itu dibuka.

Dr Mahathir, yang sebelum ini menyokong Najib tetapi kini menjadi pengkritik utamanya, tidak henti-henti meneruskan serangan ke atas Putrajaya.

Malah, Dr Mahathir juga mendesak supaya Najib meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan banyak polisinya selain terpalit dengan skandal kewangan berkaitan syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-sedang-siasat-dr-mahathir-kata-zahid-hamidi#sthash.EHzB27dM.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-