Sunday, October 11, 2015

Siapa yang perlu dipersalahkan dalam insiden kehilangan nyawa anak-anak Orang Asli yang tersesat dalam hutan.......?

Wak anggap kenyataan pemimpin DAP ni sungguh kurang bijak dan memberi gambaran tentang kedangkalan nya berfikir.

Sepatut nya beliau perlu mengkaji terlebih dahulu tentang seluk-beluk cara hidup kaum asli itu dan juga sistem pendidikan negara kita.

Sebenarnya Wak sudah berpengalaman mengajar anak-anak orang Asli ini di dua daerah dalam negeri Perak. Sekolah pertama ialah di SK Ulu Bernam, Perak sebagai Penolong Kanan Halehwal Murid (HEM), pengalaman ke dua ialah semasa Wak bertugas sebagai Guru Besar di SK Sungai Galah, daerah Perak Tengah.

Pada pendapat Wak, murid-murid anak Orang Asli ini langsung tidak ada perbezaan dengan anak kita. Sama ada dari segi perangan, kelakuan dan kebijaksanaan nya. Malahan semasa Wak bertugas di SK Sungai Galah ada seorang murid dari anak Orang Asli telah berjaya mewakili Daerah dalam pertandingan 'Bahasa Inggeris'.

Mengimbau kembali tentang kehilangan anak-anak orang asil, kita sepatut nya tidak menyalahkan mana-mana pehak. Ianya sudah sememangnya ditakdirkan berlaku.

Guru yang menegur kanak-kanak itu kerana mandi si Sungai tanpa kebenaran tidak boleh dipersoalkan. Ianya adalah sudah menjadi tanggung jawab guru berkenaan menegur kesalah kanak-kanak itu.

Memang sudah menjadi kebiasaan apabila kanak-kanak di tegur ia akan bertindak membuat sesuatu 'protest'. Disini kanak-kanak itu telah melakukan 'protest' dengan meninggalkan asrama sekolah, malang nya keadaan geograpy persekitaran di kawasan situ telah menyebabkan mereka tersesat dan keputusan makanan dan minuman.

Gerakan mengesan dan mencari telah dilakukan, malang nya ianya kurang berhasil...... inilah yang dikatankan 'sudah suratan takdir'.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-