Tuesday, October 13, 2015

Status Bumiputera untuk Melayu Indonesia?

Oleh V Sivakumar
Saya memahami isu status Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Tetapi, baru-baru ini perkara ini menjadi semakin kabur apabila pihak-pihak tertentu menganggap diri mereka sebagai Bumiputera semata-mata untuk menikmati pelbagai kemudahan dan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan ramai yang mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia baru-baru ini, perkara ini perlu dikaji semula untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Orang Melayu berketurunan Indonesia telah membanjiri negara kita. Ramai juga di antara mereka telah mendapat taraf kewarganegaraan. Ada juga di kalangan mereka telah berkahwin dan terus menetap di negara ini.

Persoalannya ialah samada generasi kedua keturunan Melayu Indonesia yang telah mendapat taraf kewarganegaraan itu akan juga dianggap sebagai bumiputera di negara ini? Perkara ini menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kepada rakyat Malaysia. Oleh yang sedemikian, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu memberi penjelasan yang tegas berhubungan dengan perkara ini.

Kerajaan harus menjelaskan secara terperinci bagaimana seseorang itu akan menjadi Bumiputera di negara kita? Setakat ini berapakah ramai warga asing yang menjadi warganegara Malaysia yang telah diberikan taraf Bumiputera? - MAILBAG

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=344432:status-bumiputera-untuk-melayu-indonesia?&Itemid=2#ixzz3oSTz32XF
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-