Sunday, October 11, 2015

Tun M tidak sihat, alami demam dan sakit dada

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan tidak sihat selepas mengalami demam, sakit dada serta batuk.Pengasas MyPerintis, Datuk Lawrence Low Kah Guan memaklumkan berita itu di laman web MyPerintis, semalam.

“Saya baru mendapat panggilan daripada pejabat Tun Mahathir bahawa beliau sedang demam, sakit dada serta batuk.

“Kami terpaksa menangguhkan pelancaran esok (hari ini) kepada tarikh yang akan diumumkan kelak. Mari kita berdoa untuk kesembuhan Tun. Maaf atas kesulitan,” katanya.Sebelum ini, Tun Mahathir dijadualkan untuk melancarkan program Pertubuhan MyPerintis di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, jam 10 pagi tadi.-SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=343672:tun-m-tidak-sihat-alami-demam-dan-sakit-dada&Itemid=2#ixzz3oH0GHxFQ
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-