Friday, October 23, 2015

Ummu Jah meninggal dunia malam tadi

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 OKTOBER 2015

Ummu Jah
JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata, Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan stroke.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ummu Jah dilapor tenat, alami kematian otak]

[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pengikut al-Arqam penuhi ruangan ICU]

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang.

Pada 9 November 2013, Hatijah atau dikenali Ummu Jah bersama 300 pengikut GISB melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat dihadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-