Friday, October 16, 2015

UMNO gagal dalam perjuangan politik - Saiuddin

Faiz Zainudin

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa pembangkang lebih menonjol dalam perjuangan politik untuk membawa perubahan kepada rakyat dan negara.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan tindakannya meningalkan UMNO kerana parti itu dilihat telah gagal dalam perjuangannya untuk membela rakyat dan negara.

Sebaliknya, pembangkang khususnya PKR yang didakwanya mempunyai matlamat yang jelas untuk membawa perubahan politik.

“Saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO-BN (walaupun ramai ahli UMNO-BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).

“Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada “gabungan minda” (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya lagi, untuk mencapai matlamat tersebut, pemerintahan perlu bebas daripada skandal bersar sehingga boleh memeberi kesan kepada rakyat seperti isu, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma 2.6 bilion yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan UMNO dan BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-