Monday, November 30, 2015

Azizah: Demam denggi timbulkan keinsafan Khairuddin

Zikri Kamarulzaman Hari ini, 3:33 petang Hari ini, 3:36 petang

Sokongan secara tiba-tiba seorang bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin didorong oleh pengalaman hidupnya semasa dalam tahanan polis, kata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Bila masuk dalam (tahanan) dan (mendapat deman) denggi, timbul keinsafan.
“Dari dulu lagi kita kata Anwar tidak bersalah, sepatutnya dibebaskan,” kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Khairuddin pada Ahad lalu membuat kenyataan kejutan dengan menuntut pembebasan Anwar supaya ada pembangkang yang kuat menentang kerajaan sekarang.

Ini berlaku seminggu selepas Khairuddin dibebaskan dari tahanan polis.

Bekas Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Kawan itu ditangkap pada 18 September lalu dan terkena demam denggi seminggu kemudian ketika di lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Anwar dipenjarakan Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa ketua umum PKR itu bersalah melakukan liwat.

Anwar dan penyokongnya menafikan dakwaan itu dan mendakwa pertuduhan itu adalah bermotifkan politik.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-