Sunday, November 15, 2015

Bajet 2016: Berkecuali b'makna khianat amanah

WARTAWAN SINAR HARIAN
15 NOVEMBER 2015
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah
KUALA TERENGGANU - Ahli parlimen pembangkang yang memilih untuk berkecuali dalam menolak usul Bajet 2016 disifatkan mengkhianati amanah rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, rakyat menghantar wakil mereka ke Parlimen untuk mereka membuat keputusan, namun tindakan berkecuali menunjukkan mereka tidak melaksanakan amanah yang diberikan.

Menurutnya, di akhir perbahasan Bajet 2016 pada 16 November, akan ada usul untuk menerima atau menolak dan ahli parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan telah bersetuju untuk menolak bajet berkenaan.

“Antara yang kita bangkang tentang bajet kali ini ialah berkaitan pengutipan RM39 bilion hasil daripada GST padahal pada pengundian GST tahun lepas, boleh dikatakan 100 peratus pembangkang menolak GST.

“Ini satu dasar yang kita tolak, kerana apabila menjadi sebahagian daripada bajet akan datang dan kita mengiyakannya, ia sesuatu yang susah kita nak faham kerana jumlahnya cukup besar dan dikutip daripada semua pihak, termasuk yang miskin.

“Sepatutnya kerajaan mencari cara baru tanpa menyusahkan rakyat untuk menambah peruntukan tetapi tidak, mereka ambil dengan cara yang senang dan menggunakan GST,” katanya.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu itu berkata, apa yang lebih merisaukannya, pemotongan pendidikan sebanyak 17 peratus, dan melihat ia satu langkah ke belakang.

“Macam mana kita boleh katakan ia bajet yang boleh diterima. Itu kita tak faham, bagaimana ada rakan kita dalam pembangkang yang nak berkecuali.

“Ini bukan satu perkara yang kecil tetapi untuk membela orang yang susah. Ini salah satu sebab kenapa kita mesti tolak,” katanya.

Jelasnya, tindakan berkecuali dilihat satu tindakan yang luar biasa, seolah-olah lari daripada tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-