Sunday, November 8, 2015

Beranikah Amanah bertanding di 8 DUN Selangor?

FMT Reporters

Jika benar Pas hilang keyakinan di kawasan berkenaan sepatutnya Amanah yang bertanding, bukannya DAP
PETALING JAYA, Pas mencabar Parti Amanah Negara (Amanah) supaya bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasainya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, mempersoalkan pendirian parti itu yang dikatakan tidak membantah hasrat DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Kami yakin, insya-Allah, Pas mampu kekalkan kerusi tersebut, yang penting semua sayap bergabung dan kuatkan saf untuk hadapi PRU14,” katanya yang dipetik daripada portal Sinar Harian.

Jelas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu, dakwaan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad bahawa keputusan DAP untuk bertanding di kawasan berkenaan kerana parti itu telah hilang keyakinan menjadi tanda tanya.

Katanya, jika ia benar sepatutnya DAP memberi laluan kepada rakannya dalam Pakatan Harapan untuk bertanding, bukannya parti itu.

“Kalau hilang keyakinan, dia (DAP) patut bagi laluan kepada Amanah”, ulasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-