Monday, November 30, 2015

.Beruntungnya rakyat Malaysia di bawah perintah UBN

Kadar tol PLUS naik setiap 3 tahun sekali bermula 2016, kata Putrajaya

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 30 November 2015 2:14 PM

Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan menaikkan kadar tol mereka di bawah perjanjian konsesi mereka setiap 3 tahun sebanyak 5% bermula tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2015.

Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) akan menaikkan kadar tol mereka di bawah perjanjian konsesi mereka setiap 3 tahun sebanyak 5% bermula tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, kenaikan itu akan berterusan sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi pada 2018.

Kadar kenaikan tol merupakan sebahagian daripada konsesi tetapi Putrajaya sebelum ini menangguhkan beberapa kali disebabkan pilihan raya.

PLUS dimiliki syarikat milik negara Khazanah Nasional Bhd.

"Berdasarkan perjanjian tambahan konsesi yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol selama 5 tahun antara 2011 dan 2015.

"Kenaikan itu hanya akan dilaksanakan pada 2016, kecuali untuk Jambatan Pulau Pinang, yang tidak mengalami kenaikan tol sehingga tamat perjanjian konsesi pada Disember 2018," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

"Kadar kenaikan tol ditetapkan pada kadar 5% setiap 3 tahun dan akan tamat tempoh konsesi pada 2018," katanya, selepas menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat daripada Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa).

Fauzi bertanyakan sekiranya tempoh konsesi dilanjutkan, ia bermakna tidak akan berlaku kenaikan tol sehingga 2018

Kali terakhir perjanjian konsesi PLUS disemak semula adalah pada 2011, di mana syarikat konsesi itu dibenarkan menaikkan tol sebanyak 5% setiap 3 tahun.

Rosnah bagaimanapun berkata, tiada kenaikan tol sejak 2011 sehingga sekarang.

Beliau turut mengesahkan kenaikan kadar tol hanya akan bermula tahun hadapan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, daripada PAS, Datuk Mahfuz Omar di lobi Parlimen mengkritik tindakan itu dan berkata, ketika tempoh konsesi PLUS dipanjangkan, kadar tol tidak seharusnya dinaikkan. – 30 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kadar-tol-plus-naik-setiap-3-tahun-sekali-bermula-2016-kata-putrajaya#sthash.HCBBIXMt.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-