Monday, November 23, 2015

Buat apa adakan mesyuarat agong Umno? soal Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kewajaran untuk mengadakan perhimpunan agung Umno akan datang sekiranya ahli parti tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini.

“Kenapa usaha sedang dibuat oleh Umno supaya perbahasan berkenaan perkara tertentu, khususnya 1MDB dan wang sebanyak RM2.6 billion yang disalurkan ke akaun peribadi (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) tidak boleh dibangkit.

“Persidangan pula akan tertutup kepada orang ramai. Tidak semua dari ucapan perwakilan akan disiar. Hanya ucapan presiden sahaja akan disiar,” katanya dalam blog beliau.

Mengikut kelazimannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku timbalan presiden akan merasmikan persidangan sayap – Pemuda, Wanita dan Puteri dan ucapannya juga disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, menurut Dr Mahathir, amaran sudah diberikan supaya ahli Umno tidak akan bercakap berkenaan perkara ini.

“Apakah jenis Mesyuarat Agong Umno ini?” soalnya.

Dr Mahathir berkata walaupun beliau tidak akan bertanding untuk apa-apa jawatan, tetapi usaha gigih sedang dijalan untuk menutup mulutnya dan menyekat beliau dari berjumpa dengan ahli Umno dan orang ramai.

Perhimpunan Agung Umno dijadual berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.

Spekulasi bertiup kencang bahawa perhimpunan kali ini akan menjadi hangat kerana ramai anggota parti dikatakan tidak berpuas hati mengenai isu 1MDB dan juga pemecatan Muhyiddin dan bekas Menteri Datuk Seri Shafie Apdal, antara lain.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata menghadapi cabaran adalah perkara lumrah biasa terutama bagi mereka dalam bidang politik.

“Jika ingin terus dalam bidang politik semua cabaran ini mesti diterima.

“Mereka yang tidak sanggup menghadapi dan mengatasi cabaran adalah lebih baik tinggal sahaja bidang politik,” katanya.

Menurut Dr Mahathir semasa dirinya menjadi presiden Umno dan perdana menteri cabaran tidak pernah berhenti dan sudah tentu ada percubaan menjatuhkannya.

“Di antara cabaran yang terbesar ialah apabila Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan untuk bertanding jawatan presiden Umno,” katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-