Thursday, November 19, 2015

Dah boleh duduk bersama tu kira OK le

Duduk bersama tak bererti Pas, Umno akan bersatu

ATIRAH HASLI
18 NOVEMBER 2015
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR - Pas tiada keperluan untuk bersatu dengan Umno, bagaimanapun tidak menolak kepentingan kerjasama dan perbincangan bersama Umno.

Demikian ujar Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan ketika ditemui media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut beliau, adalah penting bagi kedua parti tersebut untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat dan kepentingan negara.

Nasruddin berkata, ia perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan kerana perkara tersebut berlaku dalam semua parti.

"Sebagai contoh, jika mahu laksanakan pembangunan ke atas Pulau Pinang, DAP akan bertemu dengan PKR, dengan Najib (Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri

Najib Tun Razak) dan pimpinan kerajaan," katanya.

Kata Nasruddin lagi, tidak salah bagi pemimpin parti untuk melintasi persempadanan politik selagi ia dilakukan demi mengimbangi politik, pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Saya nampak tak perlu Pas bersatu dengan Umno, tambah lagi kami mengamalkan dasar yang berbeza bagaimanapun Pas tidak menolak sekiranya perlu bekerjasama dengan Umno demi rakyat.

"Sebagai contoh isu banjir yang berlaku di negeri Kelantan, bila banjir berlaku, Pas dijemput untuk duduk berbincang (begitu juga dengan Umno) untuk menyelesaikan masalah banjir, kalau kita betul-betul tidak boleh terima Umno, tak kan kita tidak boleh hadir?" soalnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-