Saturday, November 14, 2015

DAP Dakwa PAS Sedia Diperalat UMNO

ALOR SETAR 14 Nov – DAP mendakwa Pas kini seolah-olah sedia diperalat oleh UMNO apabila parti itu enggan menyokong pakatan pembangkang dalam pelbagai isu termasuk menolak Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pakatan pembangkang juga amat kesal dengan tindak-tanduk Pas yang seperti mahu menjalin kerjasama dengan UMNO.

“Pas tidak mahu menyokong usaha menolak bajet, tidak sokong undi tidak percaya, tidak mahu sokong tuntutan RM2.6 bilion serta sampai mahu jadi penasihat kepada UMNO pula.

“Sejak bila Barisan Nasional (BN) ada terima nasihat daripada parti pembangkang termasuk Pas? Bila ada nasihat daripada Pas adakah UMNO akan mendengarnya?” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Tahunan 2015 DAP Kedah di Ibu Pejabat DAP Kedah, Jalan Putra di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, dengan tindak-tanduk pemimpin Pas yang cenderung terhadap UMNO jelas menunjukkan tiada beza antara kedua-dua parti itu sekarang.

“Pas memang tidak akan sokong kita dan tunjuk mereka nak bersama dengan UMNO. Kalau macam ini bagaimana Pas nak lawan dengan UMNO masa pilihan raya nanti? Apabila undi Pas apa bezanya dengan rakyat mengundi UMNO?” jelasnya.

Tambahnya, pakatan pembangkang akan meneruskan usul untuk menolak Bajet 2016 walaupun sedar perkara 
itu tidak mendapat sokongan Pas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-