Sunday, November 22, 2015

DAP tuntut penjelasan Putrajaya kerana kenyataan TPPA bercanggah Obama

OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 22 November 2015 1:47 PM
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berucap semasa DAPSY National Congress 2015 di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang hari ini, mengkritik GST yang membebankan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 22 November, 2015.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengkritik Putrajaya dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan menuntut penjelasan berikutan percanggahan dengan apa yang diterangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama.

Lim berkata, sekiranya Putrajaya tidak menjelaskannya, DAP akan membantah sekeras-kerasnya perjanjian itu pada sesi Parlimen akan datang.

Katanya, Obama ketika lawatannya ke Malaysia mengakui harga ubat akan meningkat sebaik sahaja TPPA disahkan.

Namun sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berpendapat TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan kos perubatan dalam sektor farmaseutikal.

Mustapa berkata, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.

Lim berkata demikian ketika berucap di hadapan 400 orang perwakilan DAPSY yang hadir di Kongres Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor hari ini.

Ketua menteri Pulau Pinang itu menambah, tidak cukup dengan harga tol yang meningkat serta mata wang ringgit menurun, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menambahkan lagi beban rakyat Malaysia.

"GST tidak cukup celaka? GST sudah cukup celaka. Saya tahu kalau cakap macam ini mungkin kena dakwa macam Nurul Izzah.

"GST celaka, tambah dengan mata wang ringgit, harga minyak tak turun rakyat susah. Masuk lagi dengan TPPA.

"Harga ubat akan naik. Kita tidak mampu beli ubat, betul-betul hendak bagi kita mati," katanya. – 22 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tuntut-penjelasan-putrajaya-kerana-kenyataan-tppa-bercanggah-obama#sthash.RNwHSoQJ.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-