Friday, November 13, 2015

Guan Eng cuba tutup kesalahan sendiri

WARTAWAN SINAR HARIAN
13 NOVEMBER 2015
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat tidak boleh duduk senang apabila seringkali menyalahkan kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin BN dalam pelbagai isu.

Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, Guan Eng juga dilihat cuba menutup perbuatannya terutama dalam isu tebus guna tanah dengan menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu.

“Beliau sering menyalahkan BN apabila mengeluarkan kenyataan bahawa BN lebih banyak menambak laut sepanjang 50 tahun memerintah Pulau Pinang. Ingin saya nyatakan disini, projek penambakan yang diluluskan BN telah memberi manfaat kepada rakyat.

“Ketua Menteri sekali lagi dengan mudah menyalahkan pentadbiran negeri sebelum ini (BN) dengan mendakwa BN lebih banyak tambak laut.

Apa yang saya lihat, Guan Eng seolah-olah tidak boleh hidup tanpa menyalahkan pentadbiran sebelum ini, sedangkan beliau sudah berkuasa lebih daripada tujuh tahun di sini,” katanya, kelmarin.

Muhammad Farid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa hanya 24.3 hektar kawasan tambak laut yang diluluskan kerajaan negeri Pakatan Harapan sepanjang lapan tahun memerintah.

Guan Eng berkata, ia berbeza berbanding kerajaan negeri BN yang meluluskan 1,311 hektar tanah untuk tambakan laut sepanjang 50 tahun parti itu memerintah negeri ini.

Katanya lagi, 24.3 hektar ekar tanah kawasan tambak laut itu diluluskan untuk dua projek pembangunan bercampur termasuk pembinaan Velodrom pertama di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-