Tuesday, November 3, 2015

Harga rokok pula naik

Harga pasaran rokok akan dinaikkan mulai tengah malam ini.

Kenaikan itu dibuat ekoran keputusan Putrajaya meningkatkan cukai eksais ke atas produk tembakau, lapor China Press.

Dalam kenyataan malam ini, British American Tobacco Malaysia berkata rokok yang dihasilkan syarikat itu meningkat RM3.20 sekotak.

Kata syarikat berkenaan, cukai eksais ditetapkan kerajaan kini ialah 40 peratus.

Rokok jenama premium seperti Dunhill, Kent dan Benson & Hedges - sebelum ini berharga RM13.80 sekotak - menjadi RM17 mulai 4 November.

Rokok jenama Lucky Strike pula meningkat kepada RM17.50 berbanding RM14.30 sebelumnya.

Untuk rokok jenama seperti Pall Mall dan Peter Stuyvesantm harga terbaru adalah RM15.50 berbanding RM12.30 sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-