Thursday, November 12, 2015

Ini lagi satu fitnah besar dari pembangkang

'Najib guna polis, mahkamah bunuh lawan politik’

Zikri Kamarulzaman Hari ini, 2:10 petang Hari ini, 2:15 petang

BERSIH dan Suaram hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan polis dan mahkamah untuk “membunuh lawan politiknya” menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata, trend itu adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani.

"Najib cuba memenangi pilihan raya akan datang dengan menggunakan mahkamah dan juga mensasarkan pemimpin-pemimpin politik,” kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Dalam satu kenyataan bersama, Suaram dan BERSIH berkata 18 pemimpin pembangkang sedang disiasat kerana terbabit dengan protes dan mengeluarkan kenyataan berunsur ‘hasutan’.

“Tindakan sedemikian secara efektif bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal-bakal calon pilihanraya akan datang, selain merupakan sebuah upaya penindasan politik bagi menafikan hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan BERSIH 4.”

Jika sabit kesalahan, pemimpin pembangkang berkenaan akan hilang kelayakan bertanding pada pilihanraya akan datang.
Antara mereka adalah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

“BERSIH dan Suaram melihat ini sebagai satu taktik keji untuk mencantas lawan-lawan politik parti pemerintah, sekaligus membelakangkan proses demokrasi yang telah melantik mereka sebagai wakil rakyat di dewan legislatif masing-masing.

“BERSIH dan Suaram justeru menyatakan kebimbangan bahawa langkah-langkah licik yang diambil pihak kerajaan akan mengakibatkan negara mempunyai barisan pembangkang yang lemah, setelah tokoh-tokoh utama disumbat ke penjara atau hilang kelayakan bertanding,” kata mereka.

Penyelaras projek Suaram Dobby Chew berkata pertuduhan terhadap Chin kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 juga adalah bukti pendakwaan terpilih.
Beliau memberi contoh kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom tidak didakwa kerana menghasut kerana kekurangan bukti.

Ini adalah berhubung dakwaan kenyataan rasis yang dikelaurkan oleh Ali semasa rusuhan di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur pada bulan Jun.

"Adakah BERSIH diberikan layanan yang sama?" soalnya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-