Monday, November 23, 2015

Isu Jacel Kiram: Tuduhan Zahid tak berasas

NIZAM ZAIN
23 NOVEMBER 2015
Tian Chua
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini membidas pendedahan bahawa beliau menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan pemimpin parti itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas, Jacel Kiram, baru-baru ini.

"Tuduhan yang tak berasas," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa Tian Chua dipercayai menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tian Chua dalang pertemuan Jacel Kiram?]

Ahmad Zahid berkata, Tian Chua bertanggungjawab menjalankan tindakan 'cara halus' untuk menghubungkan Kesultanan Sulu dengan pemimpin pembangkang di negara ini.

Dalam pada itu, Tian Chua juga berkata Ahmad Zahid sepatutnya menjawab tujuan sebenar pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang didakwa kerap bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini.

"Jika Zahid menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara, sepatutnya dia meminta pemerintah Filipina tangkap kumpulan Kiram dan hantar ke Malaysia untuk menghadapi dakwaan," ujarnya.

Tian Chua menegaskan lagi, Nurul Izzah tidak pernah merancang melakukan pertemuan itu.

"YB Izzah telah menyatakan kesal kerana tidak berhati-hati dan terlepas menyemak senarai tetamu," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-