Sunday, November 22, 2015

Kain rentang 'komunis Melayu moden', cubaab nakal

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
22 NOVEMBER 2015
Kain rentang yang ditemui di hadapan sebuah restoran di Seri Kembangan, hari ini. - Foto Sinar Online

SERDANG - DAP menyifatkan pemasangan kain rentang 'Komunis Melayu Moden' yang dipasang berdekatan lokasi berlangsungnya Kongres Kebangsaan Dapsy 2015 di Seri Kembangan hari ini sebagai satu cubaan yang sangat nakal mengaitkan komunis dengan ahli-ahli parti itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari berkata, fitnah yang dipaparkan kain rentang itu tidak berasas langsung.

"Saya fikir, kain rentang ini...kelakar pun ya juga," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di sini, hari ini.

Satu kain rentang bersaiz sederhana besar dipasang di hadapan sebuah restoran berhampiran menunjukkan gambar beberapa pemimpin DAP dan aktivis seperti Dyana Sofea, Syefura Othman, Adam Adli, A.Samad Said termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu di samping pemimpin Komunis dahulu.

Dalam pada itu, Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera menegaskan bahawa parti itu tiada kena mengena dengan komunis sejak dulu lagi.

"Malah DAP sebagai sebuah parti demokratik yang memegang kepada demokrasi, pilihanraya dan sebagainya, tidak menyokong sistem komunis dari dulu. Memang tidak pernah.

"Jadi, kalau lihat pada kain rentang ini, ia adalah cubaan untuk menggambarkan seolah-olah...ahli-ahli DAP, aktivis dan juga Mat Sabu pun ada...seolah-olah kita ini semua pemberontak, nak melawan kerajaan dengan tidak demokratik," katanya.

Namun katanya, jika tuduhan itu benar, sudah lama DAP diharamkan.

"Tapi tidak pernah (berlaku). Bukan sahaja DAP, Pas pun tidak pernah...sebab kita semua adalah parti yang mengikut asas demokrasi. Jadi, tidak timbul langsung," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-