Sunday, November 8, 2015

Keluarga, penyokong mahu Anwar dibedah di luar negara

Keluarga dan penyokong bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa bahawa pembedahannya perlu dijalankan di luar negara.

Mereka berkata mereka tidak mempercayai penjagaan kesihatan disediakan kepada Anwar, khususnya kerana Anwar akan diberi ubat pelali kerana dibius jika pembedahan ini dijalankan.

"Kami tidak percaya sistem itu kerana sistem itu boleh menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat rawatan asas seperti fisioterapi," kata peguam Anwar, R Sivarasa dalam sidangnya di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya lagi, mereka tidak mempercayai sistem tersebut untuk mengadakan pembedahan di mana Anwar dalam keadaan lali akibat dibius dan sebagainya.

"Maka itu sebabnya kami kata ia memerlukan pembedahan besar perlu dilakukan, kemudian kami menuntut ia dijalankan di luar negara," katanya lagi.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-