Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Saturday, November 7, 2015

Kertas siasatan atas Dr Mahathir hampir siap, kata polis

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata siasatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad akan disiapkan dalam seminggu dua. Gambar fail The Malaysian Insider, 7 November, 2015.

Kertas siasatan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melibatkan dakwaan fitnah akan dihantar kepada pendakwa raya dalam tempoh dua minggu akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menurut Astro Awani.

Noor Rashid dilaporkan memberitahu media hari ini, kertas siasatan itu akan disiapkan "secepat mungkin, mungkin dalam satu atau dua minggu".

"Kita ada buka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir berhubung beberapa insiden, termasuk perhimpunan Bersih 4.

"Dan, tujuan merakamkan keterangan Dr Mahathir pada semalam adalah sebagai usaha melengkapkan dan mengkaji siasatan, sebelum kita merujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya.

"Kertas sisatan ini akan disiap secepat mungkin. Mungkin dalam seminggu atau dalam dua minggu," beliau dipetik berkata menurut portal badan penyiar itu. – 7 November, 2015.

MENYUSUL LAGI

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kertas-siasatan-atas-dr-mahathir-hampir-siap-kata-polis#sthash.vc7gkn07.dpuf