Wednesday, November 18, 2015

Kertas siasatan dua pegawai tertinggi YAPEIM diserah kepada DPP

SPRM mendakwa sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa serta penyelewengan dana kepada mangsa banjir di Kelantan. Foto fail TRP

KOTA BHARU, 17 November:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengsahkan kertas siasatan berhubung penyelewengan dana banjir membabitkan dua individu yang memegang jawatan tinggi di dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa serta penyelewengan dana kepada mangsa banjir di Kelantan membabitkan yayasan berkenaan.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk dikaji dengan lebih lanjut.

“Buat masa ini terserah kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Laporan sebelum ini menyatakan dua individu terpenting di dalam agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang di bawah bidang kuasa menteri yang menjaga hal ehwal Islam dipanggil untuk siasatan selepas SPRM menerima aduan.

Dua individu terbabit sebelum ini dipanggil untuk siasatan dan direkodkan keterangan bersabit dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan dana banjir.

Difahamkan, salah seorang individu berkenaan adalah ahli Wanita Umno Kelantan yang memegang jawatan penting di YAPEIM.

Shukri menjelaskan siasatan SPRM adalah tertumpu kepada penyelewengan dana yang berjumlah jutaan ringgit, salah guna kuasa termasuklah pecah amanah.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/17/kertas-siasatan-dua-pegawai-tertinggi-yapeim-diserah-kepada-dpp/#ixzz3rlVzz81g

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-