Thursday, November 19, 2015

Lepas kenyataan 'cari makan' , pengerusi PAC enggan adakan sidang media lagi

OLEH MD IZWAN
Published: 19 November 2015 11:00 AM

Susulan kenyataan kontroversiPengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan mengadakan sidang media lagi selepas ini, susulan kenyataan kontroversi "cari makan" semalam.

Hasan berkata, beliau kesal dengan pihak media yang menyiarkan kata-kata beliau tersebut walaupun sudah memaklumkan supaya ia tidak dikeluarkan.

"Oleh itu, bermula pada Mesyuarat PAC Parlimen Malaysia pada 23 November, 2015 PAC tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar lagi.

"Jika ada sebarang maklumat yang hendak atau perlu diberitahu kepada media, akan dimaklumkan melalui kenyataan bertulis rasmi," kata Hasan dalam satu kenyataan di Parlimen hari ini.

Hasan menyalahkan segelintir petugas media yang tidak menghargai usaha mewujudkan suasana mesra ketika sidang media, serta mengulangi sekali lagi kenyataan beliau semalam sekadar gurauan.

"Saya dukacita kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak dihargai segelintir petugas media," katanya.

Wartawan pada sidang media semalam berulang kali bertanya kepadanya jika PAC akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad.

Ketika itu Hasan menjawab, Najib tidak semestinya dipanggil dan ketika diberitahu pengerusi sebelumnya Datuk Nur Jazlan Mohamed bersedia untuk menyoal Najib, Hasan berkata: "Janganlah, saya pun nak cari makan juga."

Hasan juga mendakwa, beliau meminta kenyataannya yang sekadar bergurau itu tidak dilaporkan media, walaupun beliau tidak secara jelas membuat permintaan itu pada sidang akhbar berkenaan.

Beliau menamakan portal Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang menyiarkan kenyataan itu dan menyifatkan apa yang terjadi sebagai satu "salah faham".– 19 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lepas-kenyataan-cari-makan-pengerusi-pac-enggan-adakan-sidang-media-lagi#sthash.g4ZiLWOq.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-