Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Monday, November 9, 2015

Menteri mahu vape Malaysia dikenali di seluruh dunia

Di sebalik kontroversi dan pertikaian sama ada kerajaan harus mengharamkan vape, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu produk vape Malaysia dikenali di seluruh negara.

Katanya, beliau mahu anak muda dan usahawan Melayu/bumiputera untuk terus menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang.

“Saya ingin melihat produk vape Malaysia dikenali di seluruh dunia dan yang lebih membanggakan adalah hasil kreativiti anak-anak muda Melayu/bumiputra,” katanya di Facebook hari ini.

Vape menjadi topik hangat selepas Kementerian Kesihatan memilih menyerbu kedai yang menjual cecair yang mengandungi nikotin, bahan terkawal yang memerlukan permit untuk menjual dan menganggapnya sebagai e-rokok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kesan e-rokok adalah sama seperti menghisap rokok.

Serbuan itu dibidas pelbagai pihak termasuk rakan-rakan kabinet, terutamanya selepas mesyuarat jemaah menteri Jumaat lalu memutuskan bahawa vape tidak akan diharamkan buat masa ini.

Sementara itu, Ismail berkata, beliau yakin penjualan vape akan terus dibenarkan walau bagaimanapun akan tertakluk kepada peraturan-peraturan yang akan dikeluarkan.

“Saya berharap usahawan muda vape akan gunakan kesempatan ini utk mengembangkan perniagaan mereka.

“Manakala pengusaha perasa vape terus kreatif dalam menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang,” katanya.

[Baca berita penuh]