Saturday, November 7, 2015

Musuh ketat boleh pula bantah polis siasat Mahathir

Anwar
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara kerana meliwat membantah tindakan polis menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Lucunya beliau yang juga musuh politik Mahathir mengambil pendirian berbeza untuk sokong Mahathir kali ini memandangkan bekas Perdana Menteri itu ada cita-cita sama dengannya iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya memandang serius berita Mahathir jadi subjek penyiasatan polis dan disoal pihak polis pada 6 November 2015. Dia tidak melakukan sebarang jenayah apabila menyuarakan kritikan terhadap Perdana Menteri,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu menerusi satu perutusan dari penjara yang disiarkan oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil hari ini.

Anehnya, Anwar sebelum ini lantang ‘menghentam’ Mahathir dengan memberi pelbagai gelaran hina hanya kerana dipecat daripada jawatan pada 1998 lalu ekoran kes liwat pertama dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Benarlah kata Mahathir sendiri menerusi puisi terkenalnya bertajuk ‘Melayu mudah lupa’, Anwar sanggup berbuat apa sahaja waima terpaksa bersahabat semula dengan seteru tegar politiknya sejak dua dekad lalu, Mahathir!

Media sebelum ini melaporkan, polis telah mengambil keterangan Mahathir berhubung kenyataannya yang berbaur fitnah semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara pada 30 Ogos lalu.

Bekas Perdana Menteri itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana polis menerima aduan Mahathir membuat fitnah kononnya terdapat Ketua UMNO Bahagian menerima rasuah

Bersih 4.0 dianjurkan oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasan melampau termasuk hak mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian.

Anwar dalam pada itu turut membayangkan seorang bekas Perdana Menteri tidak wajar dilayan oleh pihak berkuasa seperti itu meskipun terdapat aduan polis dikemukakan ke atasnya.

“Jika ini caranya Mahathir dilayan, hak demokrasi orang ramai untuk mengkritik kerajaan dalam bahaya. Saya menyeru gangguan ke atas Mahathir yang hanya menjalankan tugas menyuarakan tentang salah laku kerajaan dihentikan,” katanya. –Mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-