Monday, November 9, 2015

Nasib PAS di Selangor Bakal Terjawab Khamis ini

KUALA LUMPUR 9 Nov - Kedudukan Pas dalam pentabiran kerajaan negeri Selangor akan dibincangkan PKR dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH), Parti Amanah Rakyat pada Khamis ini.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ianya bagi mencari kata putus mengenai kedudukan parti Islam itu, selepas Pakatan Rakyat (PR) terkubur dan digantikan dengan PH.

“Untuk berbincang mengenai semua perkara macam mana nak lawan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat Syabas pada Isnin.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menggesa agar satu perjanjian kerjasama dilakukan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Pas di Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kedudukan dan status kerajaan negeri itu perlu diperjelaskan dan diselaraskan bagi mengelak rakyat terkeliru dengan kemelut yang berlaku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-