Friday, November 20, 2015

Nurul Izzah dan Tian Chua diharamkan ke Sabah

Gambar Nurul Izzah dan Jacel yang dimuat naik di media sosial, menjengkelkan pengguna internet terutamanya kerana Jacel bertindak sebagai jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan bersenjata Lahad Datu oleh tentera daripada Kesultanan Sulu pada 2013. Foto pakdin.my

KOTA KINABALU, 20 November:


Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee hari ini mengenakan pengharaman ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim selepas gambar pertemuannya dengan Puteri Sulu, Jacel Jamalul Kiram menjadi viral.

Sambil menegaskan bahawa tindakan beliau menyinggung perasaan rakyat Sabah, Yong memberitahu The Rakyat Post bahawa Nurul Izzah sepatutnya lebih sensitif kepada perasaan rakyat, khususnya ahli keluarga mereka yang terkorban semasa pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

“Beliau menyinggung perasaan rakyat Sabah dengan tidak sensitif terhadap isu yang sangat serius yang menjadi asas kepada kewujudan Sabah sebagai sebuah negeri, dan Malaysia sebagai sebuah negara,” kata Yong.

Gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan Jacel dimuat naik di media sosial, menjengkelkan pengguna internet terutamanya kerana Jacel bertindak sebagai jurucakap Sultan Kiram semasa pencerobohan bersenjata Lahad Datu oleh tentera daripada Kesultanan Sulu pada 2013.

“Dalam kenyataan rasminya, beliau (Nurul Izzah) menjawab mengenai pertemuan itu, dia hanya menambah bahagian akhir mengenai kedaulatan Negeri Sabah dalam Malaysia (kedaulatan Sabah dalam Malaysia). Maka, ia seolah-olah sesuatu yang difikirkan kemudian apabila gambar beliau dengan Jacel didedahkan, lama selepas pertemuan pada 9 November lalu di Manila,” kata Yong.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pro Barisan Nasional (PRO BN), Zulkarnain Mahdar turut menyatakan pendirian yang sama mengharamkan Tian Chua daripada memasuki Sabah, selain Nurul Izzah.

Zulkarnain bersama ahlinya membuat laporan polis berhubung gambar Nurul Izzah bersama Jacel dalam talian, meminta polis membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat motif pertemuan antara Ahli Parlimen pembangkang itu dengan Jacel, yang dikaitkan dengan pengganas dari selatan Filipina.

Bernama melaporkan, Zulkarnain menyatakan bahawa Pesuruhjaya Polis Sabah mengeluarkan kenyataan bahawa walaupun Jamalul Kiram dan adiknya, yang mengetuai pencerobohan, telah mati, pasukan keselamatan sentiasa berwaspada terhadap saki-baki kumpulan itu yang masih bercita-cita untuk menyerang Sabah.

Pada Februari 2013, pengganas dari selatan Filipina menceroboh Sabah selepas tiba dengan menaiki bot di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo di Lahad Datu, dan pada 1 Mac, berlaku kejadian tembak menembak sehingga mengakibatkan kematian.

Seramai 10 ahli pasukan keselamatan Malaysia terbunuh.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/20/nurul-izzah-dan-tian-chua-diharamkan-ke-sabah/#ixzz3s2mhokpD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-