Friday, November 20, 2015

'Orang mengantuk disorongkan bantal'

Jika PAS gugurkan Husam, Amanah terima dengan hati terbuka

OLEH NABIHAH HAMID
Parti Amanah Negara (Amanah) sedia terima Datuk Husam Musa jika bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 20 November, 2015.

Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menerima penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam parti itu sekiranya bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penyertaan Husam yang dianggap aset dan berpengaruh dalam arena politik sejak zaman bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.

"Sebelum ini apabila wujudkan parti ini (Amanah), dan beliau (Husam) memilih untuk kekal, kami hormat sikap beliau.

"Namun, sekiranya beliau memohon untuk menyertai kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," kata Anuar pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Katanya, keputusan untuk menyertai Amanah terletak di tangan Husam dan pihaknya tidak boleh memaksa beliau mengambil tindakan itu.

"Sekarang ini, kalau tidak muat kereta kancil, lori besar kita sediakan. Kalau dia mahu. Itu hak beliau. Kita tak boleh paksa siapa pun sekarang ini untuk sertai Amanah," katanya. – 20 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jika-pas-gugurkan-husam-amanah-terima-dengan-hati-terbuka#sthash.8Ad8ydg9.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-