Saturday, November 7, 2015

Pas sedia jadi pemerintah untuk rakyat

FMT Reporters

Prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu pasti akan memudahkan Pas untuk mentadbir negara
PETALING JAYA:Pas bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat selepas parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) diselubungi krisis hingga menyebabkan kemerosotan keyakinan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sudah tiba masanya Pas memberikan idea-idea pengurusan dan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip Islam kepada kerajaan pusat agar rakyat sentiasa menikmati hak sebagai warganegara.

“Ketika UMNO BN berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan ketelusan seperti 1MDB, skandal derma politik RM 2.6 bilion, kenaikan kos hidup disebabkan percukaian GST, kejatuhan mata wang ringgit, kemerosotan hasil negara, belanjawan defisit, hutang negara yang memuncak, hutang isi rumah yang tinggi, susut nilai pendapatan maka Pas telah sangat bersedia untuk menjadi payung pemerintah kepada rakyat menggantikan UMNO dengan moto` PAS GANTI UMNO’,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, dengan berasaskan prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dipegang oleh Pas sejak dahulu, apa yang dimahukan pasti akan dipermudahkan.

Ujarnya, Pas akan terus konsisten menyuruh kerajaan melakukan perkara-perkara baik untuk rakyat dan menegur serta mencegah kerajaan melakukan sebarang bentuk kezaliman dan kemungkaran.

Dalam pada itu beliau berkata, Pas mengalu-alukan kemasukan ahli UMNO secara beramai-ramai selepas parti orang Melayu itu diselubungi krisis yang semakin parah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-