Friday, November 6, 2015

Pengguna vape boleh mati serta-merta akibat nikotin berlebihan

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Racun 1952 bagi mengawal penjualan nikotin, termasuk dalam vape, selepas kajian mengenainya siap. - Foto TRP/ Wan Kah Hoong

KUALA LUMPUR, 6 November:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran, amalan menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau vape yang mengandungi nikotin berlebihan boleh mengakibatkan kematian serta-merta terhadap individu terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan kajian saintifik terbaru Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendapati, 40 miligram nikotin dalam 10 mililiter cecair bahan kimia vape boleh membunuh dengan serta-merta seorang manusia dewasa.

“Amalan menghisap vape juga boleh mendedahkan kepada ketagihan dan penyakit berbahaya, seperti kanser paru-paru, selain kesan sampingan pengguna nikotin,” katanya selepas Op Kepialu, pada Khamis.

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menggunakan Akta Racun 1952 bagi mengawal penjualan nikotin, termasuk dalam vape, selepas kajian mengenainya siap.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang meningkatkan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya penggunaan vape dalam jangka panjang, kerana difahamkan, lebih sejuta rakyat menghisap vape, termasuk wanita dan pelajar sekolah.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/06/pengguna-vape-boleh-mati-serta-merta-akibat-nikotin-berlebihan/#ixzz3qdfMGOpT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-