Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, November 15, 2015

Perbuatan jahat DAP terhadap PAS berterusan.........sehingga Pas lenyap?

Lim: DAP perlu ada di S'gor elak PAS 'buat jahat'

Yap Jia Hee Hari ini, 2:10 petang Hari ini, 2:15 petang
DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata DAP perlu berada dalam kerajaan negeri itu bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat di negeri itu.

"Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, itu Husam (adalah) ADUN PAS Kelantan yang kata (dedah) skandal ini.

"Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.

"Kita nak tahan PAS daripada buat jahat macam dia buat jahat di Kelantan," kata Guan Eng ketika berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015 hari ini.

Undi PAS, undi Umno

Dalam ucapannya itu, Lim juga mendakwa PAS kini telah berpihak kepada Umno dan menganggap undi kepada pati Islam itu sama seperti mengundi Umno.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, PAS sekarang sudah berubah daripada dahulunya menolak parti rasis seperti NGO PERKASA kepada sekarang yang bekerjasama dengan pengerusinya Ibrahim Ali.

"PAS sekarang sudah memihak kepada Umno, kita lihat kenyataan daripada pemimpin PAS, macam undi PAS serupa undi Umno.

"Satu undi PAS sama dengan satu undi Umno, tak ada beza langsung.

"(Mereka) sokong sama (Perdana Menteri) Najib dalam skandal 1MDB ataupun dalam skandal donation," kata Guan Eng.