Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, November 5, 2015

Rafizi ganti Tony Pua dalam debat secara langsung 1MDB

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy. Gambar fail The Malaysian Insider, 5 November, 2015.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli daripada PKR akan menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP) untuk berdebat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan perkara itu hari ini dan menegaskan, perdebatan itu mesti disiarkan secara langsung di televisyen dalam program yang turut disertai penonton.

"Kami berharap menteri komunikasi dan multimedia boleh teruskan slot di RTM itu untuk siaran langsung perdebatan itu," kata Ketua Whip Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. – 5 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-ganti-tony-pua-dalam-debat-secara-langsung-1mdb#sthash.7JdomYh0.dpuf