Saturday, November 7, 2015

'Seorang demi seorang peratib fitnah keluar PAS'

Nasrudin berkata, sekalipun dakwaan itu diteruskan, PAS kekal dengan perjuangan asalnya dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap konsisten memimpin parti berkenaan. - Foto arkib TRP/ Mokhsin Zamani

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyindir segelintir pihak yang berterusan mendakwa parti Islam itu akan bergabung dan menjalin kerjasama dengan Umno.

Menurut Nasrudin, sekalipun dakwaan itu diteruskan, PAS kekal dengan perjuangan asalnya dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap konsisten memimpin parti berkenaan.

“Ratib PAS nak masuk Umno 33 kali, PAS nak bergabung dengan Umno 33 kali, Datuk Seri Abdul Hadi nak bawa PAS masuk Umno 33 kali dan PAS bekerjasama dengan Umno 99 kali, setiap kali lepas sarapan pagi dan makan malam.

“Kesannya, seorang demi seorang peratib fitnah ini keluar PAS, namun PAS kekal dengan prinsip perjuangan Islamnya dan Abdul Hadi selaku Presiden PAS, terus konsisten dengan wibawanya memimpin parti,” katanya menerusi akaun Facebooknya pada Jumaat.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata demikian, selepas bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, Abdul Hadi cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Kenyataan itu yang dibuat ketika beliau memberi ceramah di Pasir Mas, dipercayai merujuk kepada waktu Pakatan Rakyat (PR) berdepan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali, tahun lalu.

Namun begitu, Mohamed Azmin menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan Husam, yang mana penubuhan kerajaan perpaduan itu timbul, ketika Selangor berdepan krisis Menteri Besar, tahun lalu.

“Kena tanya Datuk Husam lah…saya tidak tahu. Saya tidak didedahkan kepada maklumat itu. Jadi, kamu kena tanya Datuk Husam,” kata Mohamed Azmin.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/06/seorang-demi-seorang-peratib-fitnah-keluar-pas/#ixzz3qjAL2NvT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-