Friday, November 6, 2015

Tolak Bajet 2016 hanya susahkan rakyat, kata PAS

Tidak mungkin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan letak jawatan walaupun Bajet 2016 ditolak, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2015.

Undi tidak percaya terhadap Bajet 2016 di Dewan Rakyat hanya akan menyusahkan rakyat, kerana sekiranya ia berjaya, ia hanya akan mengakibatkan "government shutdown", kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mempertahankan pendirian parti tidak akan mengundi untuk menolak bajet itu, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meletak jawatan walaupun sekiranya bajet itu ditolak majoriti ahli Parlimen.

Sebaliknya, beliau berkata, Malaysia akan mengalami masalah sama seperti "government shutdown" di Amerika Syarikat pada 2013 di mana kakitangan kerajaan ada yang terpaksa mengambil cuti sementara ada terpaksa lapor diri ke tempat kerja tanpa mengetahui bila gaji mereka akan dibayar.

"Oleh itu, sekiranya bajet berjaya ditolak, ia hanya memeritkan urusan harian rakyat tergantung termasuk gaji kakitangannya tidak boleh dibayar akibat tindakan itu, tetapi langsung tidak mengancam kedudukan perdana menteri mahupun Barisan Nasional (BN) yang menjadi fokus untuk ditumbangkan kerana tidak amanah.

"Percayalah Najib tetap tidak akan meletakkan jawatan walaupun bajetnya ditolak," kata Tuan Ibrahim. – 6 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tolak-bajet-2016-hanya-susahkan-rakyat-kata-pas#sthash.ceHMh3Se.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-